Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dera: Wanita kena bon berkelakuan baik, denda RM20K
Published on: Thursday, June 29, 2023
Published on: Thu, Jun 29, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dera: Wanita kena bon berkelakuan baik, denda RM20K
Sabarria didapati bersalah melakukan kesalahan itu dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak perempuan berusia enam tahun lima bulan itu,  antara Mac 2019 dan 27 Feb 2020 di sebuah rumah di Kg Kota, Tuaran.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 32 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun serta menjalankan khidmat masyarakat dengan jumlah masa 50 jam dan didenda RM20,000 atau penjara tiga bulan kerana mendera seorang kanak-kanak di bawah jagaannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim membuat perintah itu terhadap Sabarria Sazali, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Sabarria, pada Rabu.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Sabarria menjalani khidmat masyarakat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari perintah itu.

Bagi bon berkelakuan baik, Sabarria dilepaskan dengan sejumlah RM2,000 dan seorang penjamin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabarria didapati bersalah melakukan kesalahan itu dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak perempuan berusia enam tahun lima bulan itu,  antara Mac 2019 dan 27 Feb 2020 di sebuah rumah di Kg Kota, Tuaran.

Pertuduhan menyatakan bahawa Sabarria adalah orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu.

Advertisement
Kesalahan itu, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi semasa peringkat pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil seorang saksi.

Advertisement
Semasa rayuan, peguam Adelia Adnan yang mewakili Sabarria, meminta denda minimum dikenakan dengan mengatakan ia kesalahan pertama Sabarria dan dia sakit. Adelia juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa Sabarria sedang menjaga bapa saudaranya yang kurang upaya dan neneknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kepada Sabarria atas sebab dia melakukan kesalahan serius terhadap seorang kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya ketika itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here