Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pemilik lebih 100g syabu kena 12 tahun
Published on: Thursday, June 29, 2023
Published on: Thu, Jun 29, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pemilik lebih 100g syabu kena 12 tahun
Poniman pada asalnya didakwa mengedar dadah itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1952 yang membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 52 tahun pada Rabu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana memiliki 149.51 gram syabu.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell menjatuhkan hukuman itu kepada Poniman Sumardi pada Rabu yang ditetapkan untuk hukuman.

Advertisement
Poniman (gambar) pada 16 Jun mengaku bersalah kepada pertuduhan alternatif yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan selepas representasi pembelaan diterima.

Poniman mengaku melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 5 Mac 2021 di sebuah kedai tayar, di Beaufort Central, Beaufort.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama dan membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Poniman pada asalnya didakwa mengedar dadah itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1952 yang membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Peguam Ram Singh bersama Kimberly Ye, Chen Wen Jye, mewakili Poniman memohon hukuman penjara selama 12 tahun berdasarkan trend hukuman dan turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa Poniman berusia 52 tahun.

Dalam menyampaikan keputusannya, Amelati memutuskan bahawa mahkamah juga mengambil maklum kehakiman mengenai kes-kes dadah yang berleluasa di negara ini dan melihat kes dadah sebagai serius.

Advertisement
Dia memerintahkan Poniman menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 5 Mac 2021.

Poniman terlepas daripada hukuman sebatan kerana dia kini berusia lebih 50 tahun. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, seorang lelaki berusia 20 tahun meminta dibicarakan bagi tuduhan mencabul seorang wanita.

Rajmil Abura mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 23 tahun pada jam 2 pagi, 19 Jun tahun ini di sebuah rumah setinggan, Tanjung Lipat, KPD di sini. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Inspektor Kelvan Elson Maik yang mendakwa, dalam memohon tarikh pengurusan kes, tidak menawarkan jaminan kepada Rajmil kerana tertuduh tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mahkamah menetapkan 20 Julai untuk pengurusan kes dan memerintahkan Rajmil ditahan reman selanjutnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here