Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada alasan untuk kelewatan projek: KM
Published on: Thursday, June 29, 2023
Published on: Thu, Jun 29, 2023
Text Size:
Text:
Tiada alasan untuk kelewatan projek: KM
HAJIJI (tengah) mempengerusikan mesyuarat MTPNg.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengeluarkan arahan tegas kepada semua ketua jabatan dan pegawai daerah supaya mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di negeri ini.

Dengan hanya enam bulan lagi menjelang akhir tahun ini, beliau mahu semua ketua jabatan dan pegawai daerah mengambil perhatian terhadap isu-isu yang menghalang pelaksanaan sambil melakukan yang terbaik untuk menyiapkan projek tahun ini.

Advertisement
Beliau berkata disebabkan kekangan masa, Kerajaan Negeri mencadangkan penubuhan satu tabung amanah, di mana peruntukan yang tidak digunakan untuk tahun itu boleh disimpan dan digunakan pada tahun akan datang.

“Saya mahu laporan kemajuan terperinci pada mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) akan datang September ini,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat MTPNng di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, pada 20 Jun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir tiga timbalannya iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; dan Ketua Pengarah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sabah diperuntukkan RM6.05 bilion dalam bajet negara tahun ini, ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Advertisement
Bagaimanapun, di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12, hanya 21.61 peratus daripada 1,181 projek untuk Sabah telah dilaksanakan.

Mesyuarat itu juga diberitahu bahawa di bawah data MyProjek, setakat 12 Jun tahun ini, 141 projek di bawah RM50 juta, bernilai RM1.6 bilion, akan diturunkan kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Advertisement
Sehubungan itu, Hajiji menggesa semua ahli jawatankuasa MTPNng mengambil iktibar dan melakukan perkara yang perlu bagi memastikan semua projek berjalan lancar.

“Sepatutnya tiada lagi alasan menunggu kelulusan daripada (Kerajaan) Persekutuan sebagai punca projek tertangguh. Rakyat dan Kerajaan akan rugi jika berlaku kelewatan dalam melaksanakan projek yang diluluskan,” katanya.

Hajiji juga menggesa pelbagai ketua jabatan dan pegawai daerah untuk merealisasikan agenda sifar miskin tegar menjelang hujung tahun ini, seperti yang diinginkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mahu semua pegawai daerah turun padang dan mengesahkan butiran mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar di kawasan masing-masing. Kami mahu status sebenar mereka direkodkan,” katanya.

Ketua Menteri juga menggesa jabatan berkaitan yang dibebani dengan “projek sakit” untuk menamatkan kontraktor tidak berprestasi yang menghalang penyiapan projek. Antara “projek sakit” adalah di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here