Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Gagasan Rakyat lancar persediaan pilihan raya
Published on: Thursday, June 29, 2023
Published on: Thu, Jun 29, 2023
Text Size:
Text:
Gagasan Rakyat lancar persediaan pilihan raya
HAJIJI (dua kanan) diiringi Ruddy (tiga kanan) dan pemimpin parti lain pada majlis pelancaran itu.
PARTI Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) memulakan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang dijangka menjelang 2025, dengan melancarkan Bahagian Pitasnya pada 17 Jun.

Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri, berkata kesemua 73 bahagian di bawah parti itu perlu bersedia sekarang bagi memastikan kemenangan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), gabungan parti berasaskan negeri yang diketuai Gagasan.

Advertisement
Beliau berkata semua bahagian dan cawangan parti termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis perlu memperkukuh jentera parti dan menambah keahlian.

“Ini yang akan kita lakukan bermula dengan Bahagian Pitas kerana tidak lama lagi pilihan raya Negeri akan datang iaitu kira-kira dua tahun lagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sekiranya GRS dan 73 bahagian Gagasan Rakyat sudah bersedia, telah memperkukuh bahagian, menambah ahli, mengukuhkan jentera sayap, wanita, belia dan beliawanis, maka Insya-Allah, kita boleh fikir untuk memastikan kita mendapat mandat rakyat lagi,” katanya pada majlis pelancaran di Dataran Pitas di Pitas.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pitas Datuk Seri Ruddy Awah, Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pemuda Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis Emmie M Idang turut hadir.

Advertisement
Bahagian Pitas adalah yang pertama dilancarkan Hajiji di peringkat bahagian selepas pelancaran parti peringkat Negeri pada 2 Mac tahun ini.

Hajiji berkata berdasarkan sambutan rakyat terhadap parti itu, yang amat menggalakkan, beliau yakin Gagasan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah di negeri ini.

Advertisement
“Rakyat kita mahu parti tempatan menjadi wadah kita memperjuangkan nasib rakyat kita di Sabah. Bukan mudah untuk kita tubuh parti ini, semua orang tahu perjalanan politik kita di Sabah agak getir dan penuh dengan cabaran yang besar.

“Tetapi saya yakin dengan Gagasan Rakyat, Insya-Allah kita boleh bangkit memperjuangkan perjuangan parti tempatan ini bersama-sama GRS untuk Sabah. Inilah gabungan besar yang kita akan gunakan pada PRN akan datang.

“Kita mahu menyatukan rakyat kerana kita telah mengalami pelbagai gelombang cabaran politik di Sabah. Selain itu, bukan mudah untuk kita mencapai kedudukan kita hari ini sehingga kita berjaya menggunakan platform parti tempatan,” katanya.

Hajiji yakin konsep GRS sebagai parti berbilang kaum diterima oleh rakyat Sabah.  Beliau berkata perjuangan parti itu akan memberi isyarat jelas kepada parti pembangkang di Sabah bahawa Gagasan Rakyat dan GRS akan menjadi wadah politik yang kukuh pada masa depan dalam politik Sabah. Hajiji turut mengulangi keyakinannya terhadap GRS yang kini dianggotai tujuh parti dalam menghadapi sebarang cabaran ke arah membangunkan Sabah, yang menjadi aspirasi rakyat.

“Inilah perjuangan kita dalam Gagasan Rakyat apabila kita memilih parti tempatan, dan saya rasa cukup lah sudah untuk kita menyertai parti nasional.

“Sekarang masa untuk kita menggunakan parti tempatan, tetapi kita tidak boleh bertelagah dengan parti nasional. Kita mesti berkawan dan bekerjasama dengan parti nasional tetapi keutamaan kita adalah parti tempatan.

“Kita juga mesti mengukuhkan GRS dan bekerjasama dengan rakan komponen kerana jika kita bersatu kita akan lebih kuat dan maju ke hadapan. Kita perlu belajar daripada kesilapan lalu. Kita banyak bergaduh menyebabkan orang lain mengambil kesempatan,” katanya.

Hajiji memberi jaminan pembangunan daerah termasuk Pitas akan diberi keutamaan selaras dengan komitmen Kerajaan GRS Plus untuk membawa pembangunan menyeluruh dan membela nasib rakyat di Sabah. Beliau berkata setiap projek yang diumumkan oleh Kerajaan akan dilaksanakan untuk pembangunan Negeri dan kepentingan rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here