Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengecualian surcaj elektrik kekal di Sabah, Labuan: Untuk penggunaan domestik tidak lebih 1,500 kWj
Published on: Friday, June 30, 2023
Published on: Fri, Jun 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengecualian surcaj elektrik  kekal di Sabah, Labuan: Untuk penggunaan domestik tidak lebih 1,500 kWj
Menurut ST, bagi mengurangkan impak pelarasan bersasar itu kepada pengguna, kerajaan memperuntuk sejumlah RM54.3 juta sebagai subsidi kepada kategori pengguna yang terlibat.
Kuala Lumpur: Pengecualian surcaj kepada pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, dikekalkan untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Dis ini. 

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu adalah susulan keputusan kerajaan pada Rabu untuk melaksanakan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang  (ICPT) secara bersasar dalam tempoh tersebut.

Advertisement
Menurut ST, pengguna domestik (tarif DM) dengan unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj bagaimanapun akan dikenakan surcaj 2.11 sen per kWj.
Kenyataan itu menyebut pengecualian surcaj ICPT kepada pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif CM1 dan ID1) turut dikekalkan manakala pengguna bukan domestik lain akan mengalami penurunan kadar surcaj daripada 10.04 sen per kWj kepada 2.11 sen per kWj. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, penetapan tarif untuk Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dilaksanakan melalui kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang merangkumi dua komponen utama iaitu tarif asas dan kadar ICPT. 

“Tarif asas adalah kekal dalam tempoh kawal selia IBR yang disemak setiap tiga tahun. Namun demikian kadar ICPT diselaraskan setiap enam bulan bergantung kepada perubahan kos bahan api bagi penjanaan elektrik,” menurut kenyataan itu. 

Advertisement
ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah IBR yang membolehkan kos bahan api diselaras setiap enam bulan berdasarkan kadar turun naik harga global bahan api.

Menurut ST, pelarasan bagi tempoh enam bulan itu mengambil kira perbezaan antara kos bahan api dan kos penjanaan elektrik sebenar berbanding kos yang diunjurkan dalam penetapan kadar tarif asas SESB.

Advertisement
Katanya sebarang perbezaan antara kos dan unjuran dalam tempoh itu bagaimanapun akan dilepaskan dalam bentuk rebat atau surcaj melalui bil elektrik pengguna. “Sekiranya kos sebenar melebihi kos yang diunjurkan maka pengguna akan dikenakan surcaj. Namun sekiranya kos sebenar lebih rendah dari kos yang diunjurkan maka pengguna akan menerima rebat,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu menyebut peningkatan ketara kos bahan api menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 13 peratus  berbanding yang diunjurkan dalam penetapan tarif asas justeru memberi impak kepada terhadap kos ICPT dan tarif elektrik secara amnya.

“Dalam konteks ini, purata harga diesel dan medium fuel oil (MFO) telah meningkat masing-masing sebanyak 58 peratus dan 78 peratus berbanding harga bahan api yang diunjurkan dalam tarif asas bagi tempoh sama melalui tempoh kawal selia pertama (RP1) di bawah kerangka kerja IBR,” katanya. 

Menurut ST, bagi mengurangkan impak pelarasan bersasar itu kepada pengguna, kerajaan memperuntuk sejumlah RM54.3 juta sebagai subsidi kepada kategori pengguna yang terlibat.

ST turut menasihati pengguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik dengan bijak melalui penggunaan peralatan cekap tenaga selain melaksanakan penyelenggaraan terhadap peralatan elektrik secara berkala dan menutup suis apabila tidak digunakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here