Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerja penyelenggaraan Sg Api-Api sedang dijalankan: YB
Published on: Friday, June 30, 2023
Published on: Fri, Jun 30, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerja penyelenggaraan Sg Api-Api sedang dijalankan: YB
RUSLAN (kiri) bersama pegawai JPS Beaufort meninjau kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.
BEAUFORT: Kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Api-Api, di sini diteruskan dan kali ini pelaksanaannya merangkumi pembersihan sejauh 3.7 kilometer (km) membabitkan kos RM320,000.

Adun Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, projek fasa tiga itu kesinambungan daripada projek sama sebelum ini bagi memastikan masalah banjir di beberapa kampung berdekatan tidak berulang.

Advertisement
Pada masa sama katanya, penyelenggaraan sungai itu bertujuan mengatasi masalah air bertakung akibat banjir di penempatan baharu di Kampung Batu 6 hingga menghalang penduduk berpindah ke penempatan baru seluas 10 ekar dengan 60 lot perumahan, baru-baru ini.

“Ia disebabkan sistem perparitan yang tidak teratur termasuk semak-samun di beberapa bahagian di Sungai Api-Api hingga menghalang aliran air keluar khususnya semasa hujan lebat atau banjir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan pelaksanaan penyelenggaraan ini, maka penduduk terlibat sudah boleh berpindah masuk bila-bila masa,” katanya ketika ditemui semasa membuat tinjauan kerja-kerja pembersihan Sungai Api-Api, di sini, Khamis.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, penyelenggaraan Sungai Api-Api dilaksanakan setiap dua tahun sekali bagi memastikan semak samun tidak kembali menutupi sungai tersebut.

Advertisement
Menurutnya, projek sama bagi fasa 1 dan 2 telah dilaksanakan sebelum ini membabitkan keseluruhan pembersihan sungai sejauh 8.5km pada 2020 dan 2021 lalu bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Bukau.

“Sebelumnya, Kampung Bukau dan kawasan sekitar sering dilanda banjir dan terpaksa menunggu sehingga setahun lamanya untuk air surut, namun kini semua masalah itu selesai sepenuhnya.

Advertisement
“Pelaksanaan projek fasa tiga ini juga membantu masalah air bertakung akibat banjir yang melanda sebahagian besar kebun penduduk di Kampung Batu 6, Kampung Batu 6 Setengah dan Kampung Jaya Baru.

“Kini, penduduk terlibat sudah boleh mengusahakan kebun-kebun mereka tanpa perlu khuatir dilanda banjir dengan penyelenggaraan sungai Api-Api ini,” katanya.

Terdahulu, Ruslan turut meninjau projek penyelenggaraan sama di Sungai Lumadan sejauh 2.5km membabitkan peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berjumlah RM115,000.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here