Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kepentingan lain tak boleh ganggu tugas keselamatan di KLIA, tegas Cuepacs
Published on: Friday, June 30, 2023
Published on: Fri, Jun 30, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Kepentingan lain tak boleh ganggu tugas keselamatan di KLIA, tegas Cuepacs
Portal Bebas News melaporkan seorang menteri membuat kecoh apabila masuk ke balai ketibaan untuk membantu seorang warga China yang ditahan. (Gambar FMT)
PETALING JAYA: Kesatuan perkhidmatan awam mahu kerajaan menyiasat secara terperinci kekecohan didakwa membabitkan seorang menteri yang cuba membantu seorang warga China ditahan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat gesaan itu kerana ia melibatkan penjawat awam menjalankan tugas selaras protokol keselamatan.

Advertisement
Presiden Adnan Mat tidak mahu kepentingan lain mengganggu tugas penjawat awam menjaga kedaulatan negara.

“Semua pihak termasuk pemimpin negara sewajarnya memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Cuepacs berpendirian sekiranya berlaku sebarang salah faham dalam penahanan pelancong terbabit, ia wajar ditangani dengan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa dan bantuan diberi “mengikut prosedur”.

“Setiap tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam sudah pasti berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya.

Advertisement
Cuepacs mengingatkan tiada individu lebih besar daripada undang-undang. “Jika berlakunya pelanggaran undang-undang dalam hal ini, tindakan tegas wajar diambil oleh kerajaan bagi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.”

Terdahulu, portal Bebas News melaporkan seorang menteri membuat kecoh apabila masuk ke balai ketibaan untuk membantu seorang warga China yang ditahan daripada masuk ke negara ini.

Advertisement
Menteri itu juga dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai imigresen ketika beliau cuba membantu wanita berkenaan.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook hari ini berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here