Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengecualian surcaj diteruskan: SESB: Pengguna domestik kurang 1,500 kWj sebulan
Published on: Saturday, July 01, 2023
Published on: Sat, Jul 01, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Pengecualian surcaj diteruskan: SESB: Pengguna domestik kurang 1,500 kWj sebulan
MOHD Yaakob (ketiga dari kanan) menyampaikan cek cura berjumlah RM3,000 kepada salah seorang pengerusi surau sambil disaksikan Ariffin (tengah) di majlis itu.
MEMBAKUT: Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik kurang daripada 1,500 kilowatt-jam (kWj) sebulan akan terus menikmati pengecualian surcaj mulai 1 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata ini berikutan penyelarasan tarif elektrik di seluruh negara dan kos bahan api yang stabil sekarang.

Advertisement
Baru-baru ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengumumkan pengecualian surcaj untuk pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 1,500kWj elektrik.

“Jika penggunaan melebihi 1,500kWj, mereka akan dikenakan surcaj sebanyak 2.11 sen setiap kWj, iaitu lebih rendah berbanding sebelum ini iaitu 10.04 sen setiap KWj,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata program rasionalisasi subsidi yang disasarkan tidak melibatkan pengguna domestik dari Januari hingga Jun tahun ini.

“Program ini hanya memberi kesan kepada pengguna domestik yang menggunakan banyak tenaga elektrik.

Advertisement
“Selain itu, pengguna domestik akan dilindungi jika mereka menggunakan kurang daripada 1,500kWj elektrik dan akan menerima subsidi,” katanya.

Bagi tempoh enam bulan, Kerajaan Persekutuan menyalurkan subsidi bersasar berjumlah RM64 juta kepada lebih 600,000 pengguna domestik di Sabah, katanya pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha 1444H.

Advertisement
Majlis itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Arif di Dewan Seri Wawasan, di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here