Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Umno Putatan gesa tindakan tuntas selesai isu penyewa Rumah Pangsa Tg Aru
Published on: Saturday, July 01, 2023
Published on: Sat, Jul 01, 2023
Text Size:
Text:
Umno Putatan gesa tindakan tuntas selesai isu penyewa Rumah Pangsa Tg Aru
Jeffery (tengah) bersama wakil penduduk semasa perjumpaan tersebut.
Kota Kinabalu: Umno Bahagian Putatan meminta Kerajaan negeri khususnya Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) agar mengambil tindakan tuntas  bagi menyelasaikan isu penyewa Rumah Pangsa Tanjung Aru yang sebelumini diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka atas alasan faktor keselamatan.

Advertisement
Ketuanya Jeffery Nor Mohamed berkata kebanyakan penyewa rumah pangsa itu mendakwa notis arahan
itu dikeluarkan tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk untuk penduduk memahami isu sebenar yang memerlukan mereka berpindah dari rumah yang mereka sewa bertahun lamanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seharusnya pihak LPPB mengadakan perjumpaan bersama penduduk atau wakil penduduk untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya kenapa mereka perlu dipindah dengan melibatkan semua pihak berkepentingan. “Dengan adanya perjumpaan dan penjelasan yang khusus, penduduk akan lebih memahami isu sebenar kenapa mereka perlu berpindah.

Advertisement
“Oleh kerana alasan yang diberikan melibatkan isu keselamatan bangunan, pihak IKRAM yang bertanggungjawab membuat kajian terhadap aspek keselamatan bangunan perlu dijemput bagi membuat penjelasan agar penduduk (penyewa) berpuas hati,” katanya ketika mengadakan perjumpaan bersama wakil penduduk rumah pangsa itu, baru-baru ini.

Jeffery menambah berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Putatan sebelum ini, isu penempatan bagi penyewa yang tinggal di kawasan Rumah Pangsa Tanjung Aru akan diselesaikan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Advertisement
“Sekarang telah pun memasuki bulan Julai 2023 namun penempatan yang dijanjikan belum tersedia untuk diduduki penduduk yang diarahkan berpindah,” katanya.

Jeffery berkata ramai penyewa di sini belum menerima makluman penampatan baharu daripada LPPB sama ada mereka layak atau sebaliknya untuk menduduki penempatan baharu yang dijanjikan

“Perlu diingat kebanyakan penyewa Rumah Pangsa Tanjung Aru berada dalam ketegori B40 dan mereka tidak mampu menyewa rumah lain yang kadar sewanya lebih tinggi, apalagi untuk membeli sebuah rumah. “Justeru kerajaan (LPPB) perlu cakna dengan isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, Umno Putatan meminta campur tangan Ketua Menteri bagi menyelesaikan kemelut yang berpanjang itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here