Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
120 remaja dijangka sertai klinik asas bola sepak
Published on: Sunday, July 02, 2023
Published on: Sun, Jul 02, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
120 remaja dijangka sertai klinik asas bola sepak
KURNIAWAN (kedua dari kiri) menerima cenderahati daripada Hasnuddin (ketiga dari kanan) disaksikan Salleh, Syarulnizam serta ahli jawatankuasa lain.
Kota Kinabalu: Kira-kira 120 remaja berusia 16-19 tahun dijangka akan menyertai klinik asas bola sepak anjuran Akademi Jubilo FC di padang bola sepak SMK Arshad pada pagi ini.

Presiden Akademi Jubilo FC, Hasnuddin Datuk Golkhan dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata mereka menjemput bekas jurulatih Sang Badak, Kurniawan Dwi Yulianto untuk mengendalikan klinik itu dengan bantuan beberapa jurulatih tempatan.

Advertisement
Menurut beliau, klinik itu adalah sebahagian daripada usaha akademi dalam mencungkil bakat baharu dan juga mendedahkan pemain muda dengan teknik dan taktik terkini dalam bola sepak.

Kurniawan, yang kini merupakan penolong jurulatih kelab bola sepak Serie B Itali, Como 1907, merupakan pemain yang mempunyai jumlah jaringan dan penampilan keempat terbanyak untuk pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia dengan 33 gol dalam 59 penampilan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, majlis jamuan minum petang yang diadakan pada Sabtu dan turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Sri Dr Salleh Said Keruak, pengerusi lembaga penasihat Akademi Jubilo FC, Syarulnizam Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Jubilo FC merangkap pengerusi penganjur klinik, Joe Datuk Golkhan dan ahli jawatankuasa yang lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here