Kota Kinabalu: Seorang wanita dikecam oleh netizen kerana didakwa mengambil makanan yang disediakan khusus untuk anjing terbiar berhampiran Gereja St Simon di Likas di sini dan menurut mereka, itu kali pertama mereka dapat tahu seseorang sanggup mencuri makanan untuk haiwan terbiar.
Video tiga minit yang dimuat naik ke Facebook oleh pemilik akaun Matilda Shyma Hamid bulan lalu merakam perbuatan wanita itu, yang kelihatan berusia 60-an.
Wanita itu tidak dipercayai miskin atau mengambil makanan itu untuk menyara dirinya kerana seorang lelaki yang dipercayai suaminya menunggu di dalam Toyota Avanza.
Advertisement





