Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Usaha atasi masalah elektrik sedang dilaksana: Tangau
Published on: Monday, July 03, 2023
Published on: Mon, Jul 03, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Usaha atasi masalah elektrik sedang dilaksana: Tangau
Madius berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif untuk mengatasi bekalan elektrik di negeri itu, terutama di kawasan pantai timur Sabah.
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berusaha keras bersama semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang kian membelenggu penduduk di Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak, bermula daripada pihak berkepentingan iaitu kerajaan Persekutuan melalui Tenaga Nasional Bhd (TNB), kerajaan Sabah, SESB, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat di akar umbi.

Advertisement
“Pengalaman masa lalu memberi pengajaran kepada kita supaya semua pihak berkepentingan bekerjasama dan mengambil sikap menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah.

“Saya dan keluarga juga pengguna elektrik. Apa yang pengguna rasai, kami juga merasai. Sebab itu perasaan kami merupakan sebahagian daripada nadi rakyat, yang sudah tentu beraspirasi agar masalah bekalan eletrik di Sabah dapat diselesaikan dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Madius berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif untuk mengatasi bekalan elektrik di negeri itu, terutama di kawasan pantai timur Sabah.

Antara inisiatif besar ialah projek penjanaan kuasa eletrik 300 megawat menggunakan arang batu di Lahad Datu suatu ketika dahulu, namun kerajaan negeri membatalkannya atas tentangan dan desakan hebat oleh pihak NGO, sekali gus menyebabkan rizab margin di pantai timur berada pada negatif.

Advertisement
“Syukurlah kita sekarang ada grid timur-barat iaitu dari Penampang ke Sandakan dan dengan itu, bolehlah kita menghantar kuasa eletrik dari pantai barat ke pantai timur. Jika tidak, masalah bekalan di pantai timur akan bertambah buruk,” katanya.

Madius berharap penduduk Sabah bertenang dan tidak beremosi tinggi menghadapi isu bekalan elektrik di negeri itu, sebaliknya bersama kerajaan dan SESB mencari penyelesaian.

Advertisement
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu telah melawat Pejabat SESB Zon Sandakan dan berpeluang meninjau dua janakuasa di daerah itu iaitu Janakuasa Batu Sapi dan Janakuasa Libaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here