Kota Kinabalu: Sabarudin Ismail memenangi kejohanan Piala Kapten yang berlangsung di Kelab Golf Kinabalu pada Ahad.
Dia mengumpul 75 mata bagi menewaskan Chung Kai Ming (78) untuk memenangi acara gross manakala di tempat ketiga ialah Yahya Yusof (79).
Gelaran nett dimenangi oleh Ribin Wahid dengan 66 mata diikuti Hashim Nasip (66) dan Barnard Chan Eng Beng (67).
Lucas Lo Mui Choi (65) merangkul gelaran super senior dengan Stephen Liew Choi (71) dan Martin Wong Ting Hin (72) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Dalam acara wanita, Dynneva Joyce Donni (65) menduduki tempat teratas diikuti Habibah Abdullah (70) dan Rosie E.Amir (73) manakala tiga pemenang kategori jemputan adalah Jontih Enggihon (67), Datuk Joannes Solidau (69) dan Jumat Tukang (70).
Sementara itu, lima pemenang bulls eye adalah Hasbi Sariat, Maximilian Benedict Jr. Boijol, Pang Thien Siong, Walter W. Angang dan Hong Kok Leong.