Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
'Serang bukan Melayu serupa serang semua rakyat Malaysia'
Published on: Tuesday, July 04, 2023
Published on: Tue, Jul 04, 2023
By: FMT, Elill Easwaran
Text Size:
Text:
'Serang bukan Melayu serupa serang semua rakyat Malaysia'
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) ialah menteri belia dan sukan dalam kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas Dr Mahathir Mohamad atas kenyataannya bahawa usaha mempromosikan negara berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Syed Saddiq menggesa bekas perdana menteri itu menyatukan rakyat Malaysia, dan bukannya memecah-belah.

Advertisement
“Kita tidak seharusnya mengimbau perbezaan sejarah masa lalu. Sebaliknya, kita harus menanti-nantikan apa yang menyatukan kita sebagai rakyat dalam satu negara.

“Serangan terhadap bukan Melayu dan bukan Bumiputera serupa serangan terhadap semua rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, kehidupan dan masa depan semua rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

“Apabila kita berjaya, kita berjaya sebagai sebuah negara, dan apabila gagal, kita gagal sebagai sebuah negara,” katanya.

Advertisement
“Tiada negara lain (orang bukan Melayu) boleh pergi jika kita gagal, kerana bagi orang Cina dan India Malaysia, negara ini tanah air mereka.”

Golongan bukan Melayu di negara ini sekarang terdiri daripada “generasi kedua, ketiga dan keempat yang dilahirkan di sini, tinggal di sini, belajar dan bekerja di sini, dan besar kemungkinan akan berada di sini sehingga hujung nyawa”, katanya.

Advertisement
Semalam, Mahathir mendakwa usaha mempromosikan negara ini sebagai berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, yang “menekankan kemelayuan Malaysia”.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan sedia ada tidak menghiraukan kedaulatan undang-undang, kerana Malaysia tidak pernah digambarkan sebagai sebuah negara berbilang kaum dalam Perlembagaan Persekutuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here