Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Diugut sebar video bogel, mekanik rugi RM200,000
Published on: Wednesday, July 05, 2023
Published on: Wed, Jul 05, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Diugut sebar video bogel, mekanik rugi RM200,000
Mohd Yusri berkata suspek mengugut mangsa memasukkan bayaran dan sekiranya tidak ditunaikan, suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel mangsa menerusi semua platform media sosial. 
IPOH: Seorang mekanik kerugian lebih RM200,000 selepas menerima ugutan video bogelnya akan disebar menerusi media sosial oleh wanita yang dikenalinya melalui Facebook.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa yang berusia 30 tahun dan berasal dari Kuala Kangsar itu mendakwa telah berkenalan dengan suspek wanita yang digelar sebagai “Yaya”.

Advertisement
Beliau berkata suspek telah mengajak mangsa membuat panggilan video kerana mahu menunjukkan sesuatu yang ‘istimewa’ untuk tatapan mangsa.
“Setelah menerima panggilan telefon daripada suspek, mangsa melihat suspek telah berbogel serta melakukan aksi ghairah lalu mengajak mangsa melakukan perkara yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa yang terpengaruh dengan rayuan suspek turut berbogel dan melakukan aksi tidak senonoh tanpa menyedari suspek telah melakukan tangkap layar. Mangsa hanya mengetahui perkara itu selepas suspek menghantar rakaman video tersebut sejurus panggilan ditamatkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Yusri berkata suspek mengugut mangsa memasukkan bayaran dan sekiranya tidak ditunaikan, suspek akan menyebarkan gambar dan video bogel mangsa menerusi semua platform media sosial.
Advertisement
“Mangsa kemudian telah melakukan 38 transaksi secara dalam talian mencecah RM200,000 ke lima akaun pemilik berbeza kerana bimbang rakaman itu disebarkan. “Mangsa kemudian membuat laporan polis kira-kira 1.49 tengah hari semalam apabila menyedari dirinya tertipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” katanya.

Advertisement
Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan sebarang mesej diterima daripada mana-mana orang tidak dikenali bagi mengelak terpedaya dengan sindiket seumpama itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here