Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Star perkasa golongan belia, veteran untuk sesuaikan diri dengan perubahan politik
Published on: Wednesday, July 05, 2023
Published on: Wed, Jul 05, 2023
Text Size:
Text:
Star perkasa golongan belia, veteran untuk sesuaikan diri dengan perubahan politik
“Ahli parti perlu melaksanakan pelbagai program dengan lebih berkesan seperti ekonomi dan pembangunan,” Jeffrey berkata.
PENAMPANG: Kepimpinan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah perlu memperkukuh komunikasi dan hubungan sesama ahli dan rakyat khususnya golongan belia dan veteran.

Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata rakyat dan ahli parti di pelbagai peringkat memerlukan bimbingan dalam bentuk ilmu, kemahiran dan bantuan untuk melaksanakan program itu.

Advertisement
“Ahli parti perlu melaksanakan pelbagai program dengan lebih berkesan seperti ekonomi dan pembangunan,” katanya, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata demikian merujuk kepada ucaptama Naib Presiden Datuk Annuar Ayub Aman @ Banand bertajuk ‘Memperkasakan Komunikasi’ semasa Konvensyen Kebangsaan Star di ITCC, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam ucaptamanya, Annuar menyarankan pelaksanaan program latihan kepimpinan dan pengurusan di semua peringkat parti bagi memberi kemahiran dan pengetahuan melibatkan golongan muda dan warga emas.

Menurut Annuar, Star perlu mengambil kira potensi besar anak muda dalam melakukan perubahan, justeru mereka perlu melibatkan diri secara aktif agar pandangan, idea dan tenaga mereka dapat diterapkan dalam kepimpinan parti.

Advertisement
“Pelaksanaan program boleh merangkumi pelbagai inisiatif seperti forum belia, bengkel, bimbingan dan program berasaskan komuniti,” kata Annuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tenaga Sabah (SEC).

Annuar seterusnya mencadangkan pelaksanaan program Wireamas (veteran) di setiap peringkat dan bahagian mengambil kira pengaruh dan pengalaman kumpulan berkaitan terhadap rakyat.

Advertisement
Beliau berkata, program Wireamas dapat memberi ruang kepada usaha menyatupadukan ahli parti pelbagai latar belakang, mengeratkan hubungan dan mengeratkan solidariti dalam parti dan rakyat.

Annuar melihat dekad mendatang dipenuhi dengan pelbagai situasi politik tidak menentu, justeru kepimpinan Star perlu melakukan perubahan untuk menyesuaikan diri dengan situasi itu seiring dengan perkembangan semasa.

“Pelbagai kejayaan telah kita lalui, tetapi jangan leka dengan komunikasi, perhubungan dan urus tadbir parti yang turut menuntut perubahan seiring dengan perubahan semasa,” katanya.

Annuar menambah, Star bukan lagi parti pembangkang tetapi parti kerajaan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk melaksanakan tugas kepada rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here