Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penjawat awam bebas tuduhan rogol remaja 
Published on: Wednesday, July 05, 2023
Published on: Wed, Jul 05, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penjawat awam bebas tuduhan rogol remaja 
Mahkamah diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima arahan daripada Peguam Kanan Persekutuan, supaya kedua-dua pertuduhan terhadap Ag Salleh ditarik balik.
Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan berusia 57 tahun dibebaskan daripada dua pertuduhan merogol seorang remaja.

Dua pertuduhan terhadap Ag Salleh Kurus ditarik balik di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, apabila pihak pendakwaan memaklumkan surat representasi telah diterima.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima arahan daripada Peguam Kanan Persekutuan, supaya kedua-dua pertuduhan terhadap Ag Salleh ditarik balik.

Mahkamah memerintahkan wang jaminan itu dikembalikan kepada Ag Salleh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan pertama, Ag Salleh didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu pada jam 6 petang pada awal Mei 2021 di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi pantai di pekan Kuala Penyu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol remaja sama pada 7 malam pada 14 Mei 2021 di dalam sebuah bilik di pekan Kuala Penyu.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman hadir untuk pendakwaan manakala peguam Rakhbir Singh mewakili Ag Salleh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here