Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki dijel semula kerana bakar barang milik bapa
Published on: Thursday, July 06, 2023
Published on: Thu, Jul 06, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki dijel semula kerana bakar barang milik bapa
Kesalahan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 39 tahun yang baru keluar dari penjara kerana menyebabkan kecederaan kepada bapanya, dipenjara dua tahun kerana membakar barang milik bapanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus turut memerintahkan Mohd Kim Assaanal Aswadillah Shah Akim membayar denda RM5,000 atau penjara enam bulan.

Advertisement
Mohd Kim mengaku bersalah melakukan khianat dengan membakar barang milik bapanya pada jam 9 malam 27 Mei tahun ini di sebuah rumah di Kg Pirasan, Kota Belud.

Antara yang dibakarnya ialah beberapa beg berisi pakaian, bantal, tilam dan katil.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Mohd Kim menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 27 Mei tahun ini.

Advertisement
Semasa rayuan, Mohd Kim yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.

Tetapi, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan terhadap Mohd Kim. – CDB
Advertisement
Dia memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mohd Kim baru sahaja keluar dari penjara selepas menjalani hukuman penjara setahun kerana memukul bapanya.

Mahkamah mendengar bahawa pada hari kejadian Mohd Kim mengamuk dan tiba-tiba membakar semua barang milik bapanya.

Adik perempuan Mohd Kim, 16, yang menyaksikan kejadian itu berasa takut dan meminta bapa mereka membuat laporan polis.

Susulan laporan polis, Mohd Kim telah ditahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here