Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekas Ketua Staf Perisikan Esscom hadapi satu lagi pertuduhan
Published on: Saturday, July 08, 2023
Published on: Sat, Jul 08, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bekas Ketua Staf Perisikan Esscom hadapi satu lagi pertuduhan
Datuk Mat Zaki Md Zain (gambar kiri).
TAWAU: Bekas Ketua Staf Perisikan Esscom yang didakwa bersubahat bersama enam yang lain membunuh seorang pemandu e-hailing pada Januari lalu, berdepan satu lagi pertuduhan bersubahat dengan seorang anggota polis semasa sebutan semula kes, pada Jumaat.

SAC Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, mengangguk faham ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Suhailla Selag. Tiada pengakuan direkodkan.

Advertisement
Tertuduh didakwa bersubahat dengan John Kennedy Anak Sanggah, 44, membunuh Nurman Bakaratu, 62, di Ladang Kelapa Sawit, berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara jam 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari 2023.

Terdahulu, Suhailla membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes membabitkan kesemua lapan individu, termasuk seorang wanita itu di Mahkamah Tinggi Tawau dengan tarikh sebutan akan ditentukan Mahkamah Tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lapan individu tersebut adalah anggota polis Rosdi Rastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39 dan seorang orang awam, Vivien Fabian, 34, John Kennedy yang merupakan suami kepada Vivien dan Mat Zaki.

Kesemua individu, kecuali Mat Zaki berdepan pertuduhan mencapai niat bersama membunuh mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Advertisement
Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki pula kini berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat bersama enam yang lain membunuh mangsa dan bersubahat dengan John Kennedy untuk membunuh mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Advertisement
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika tidak dihukum mati dan hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.

Untuk rekod, lima anggota polis, seorang pegawai kanan polis dan seorang wanita (orang awam) dituduh di Mahkamah Majistret pada 8 Febuari lalu, manakala, seorang lagi anggota polis (John) didakwa di mahkamah sama pada 11 April 2023.

John sebelum ini diberikan bon jaminan sebagai saksi pendakwaan, namun, didakwa bersama enam yang lain (Rosdi, Dennis, Fabian, Khairul, Mohd Azlan dan Vivien) melakukan jenayah tersebut.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP)  Muhamad Iskandar Ahmad dan DPP Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim yang hadir pada prosiding tersebut pada Jumaat.

Mat Zaki, John Kennedy, Khairul Azman, Mohd Azlan dan Vivien diwakili Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye.

Rosdi diwakili Datuk Ansari Abdullah, Abd Ghani Zelika dan Erveana Ansari; Dennis (Luke Ressa Balang dan Hairul Vaiyron Othman) dan Fabian diwakili Ameer Asraaf Khairee.

Kes  itu menarik perhatian seluruh negara apabila tangkapan turut membabitkan pegawai kanan dan anggota polis bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) susulan penemuan mayat mangsa pada 16 Januari lalu.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here