Kota Kinabalu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali bersedia untuk berdebat secara bersemuka dengan pemimpin Parti Warisan (Warisan) mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Armizan berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdebat namun, perdebatan yang berlangsung harus berlaku dalam suasana harmoni dan adil.
Katanya, perdebatan itu harus memberi ruang sebaik-baiknya kepada pihak yang terlibat mengemukakan hujah masing-masing.
“Cadangan berdebat itu datang daripada saya sebagai alternatif kepada cadangan mereka (pemimpin Warisan) untuk masing-masing buat live streaming.
Advertisement





