Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga didakwa berasingan kes dadah
Published on: Saturday, July 08, 2023
Published on: Sat, Jul 08, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tiga didakwa berasingan kes dadah
Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat dengan minimum 15 sebatan jika sabit kesalahan. - gambar Depositphotos
Kota Kinabalu: Tiga lelaki didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah.

Azwan Abdullah, Amir Taung, kedua-duanya pendatang tanpa izin dan Norhajim Iskamil dibawa ke hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, Jessica Ombou Kakayun dan Stephanie Sherron Abbie.

Advertisement
Azwan didakwa mengedar 1,050gm syabu pada 10.30 pagi di kaunter penerimaan konsainan di J&T Express CDC 301 Kepayan, Jalan Lintas Kepayan, di sini.

Amir seorang buruh berusia 23 tahun didakwa mengedar 50.47gm syabu pada 12.30 tengah hari, 27 Jun lalu di tanah lapang lereng bukit Kg Lok Buno, Sepanggar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Norhajim, 40, penganggur, didakwa mengedar 50gm syabu pada jam 3 petang pada 24 Jun lalu di sebuah rumah di Kg Numbak, Manggatal.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Advertisement
Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat dengan minimum 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Lovely yang mendengar kes Azwan, menetapkan 4 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Advertisement
Majistret Jessica menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan kes Amir manakala Majistret Stephanie menetapkan 9 September untuk kes Norhajim.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan tidak menawarkan jaminan kepada setiap tertuduh kerana pertuduhan terhadap mereka tidak membenarkan ikat jamin.

Tertuduh diperintahkan direman lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik, Albert Basiri dan Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here