Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Lindungi PTI: Dua pengurus didenda, penjara
Published on: Saturday, July 08, 2023
Published on: Sat, Jul 08, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lindungi PTI: Dua pengurus didenda, penjara
Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit. - gambar Freepik
Kota Kinabalu: Dua pengurus masing-masing didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana membenarkan pendatang tanpa izin tinggal di premis mereka.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Kong Fook Vui, 61, dan Mazlan Abdukong, 45, yang mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan terhadap mereka.

Advertisement
Kong didapati membenarkan seorang warga Filipina berusia 42 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen, berada di UE Wholesale Sdn Bhd, di sini pada 1.55 tengah hari pada 15 Februari tahun ini.

Sementara itu, Mazlan membenarkan seorang warga Filipina berusia 19 tahun tanpa dokumen pengenalan diri tinggal di Sunrise Evermore Sdn Bhd di Kompleks Segama, di sini pada 12.38 tengah hari pada 15 Februari tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PTI terbabit.

Semasa mitigasi, mereka meminta hukuman lebih ringan.

Advertisement
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk dikenakan ke atas mereka.

Di mahkamah sama, tiga pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Advertisement
Julasbi Jarin, Frily Onsung dan Renz Casungcad mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan mereka.

Mereka ditahan di Kudat pada 25 Jun tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.

Mahkamah memerintahkan pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas selesai menjalani hukuman, mereka diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometrik mereka diambil sebelum dihantar pulang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here