Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Parti bersama DAP hanya tumpang pengaruh, presiden Umno ‘murid setia’, dakwa Hadi
Published on: Saturday, July 08, 2023
Published on: Sat, Jul 08, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Parti bersama DAP hanya tumpang pengaruh, presiden Umno ‘murid setia’, dakwa Hadi
Abdul Hadi Awang mendakwa DAP mempunyai tujuan politik bagi perkauman Cina dengan usaha mendapat undi tambahan Melayu dan kaum lain. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Parti bersama DAP hanya menumpang pengaruhnya, termasuk Presiden Umno Zahid Hamidi yang dikatakan menjadi “murid setia”, dakwa Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS berkata, perkara itu dapat dibaca dengan nyata melalui statistik terperinci keputusan PRU15, termasuk secara khusus kemenangan presiden dan pemimpin utama parti tumpangan yang kuat.

Advertisement
“Parti-parti lain yang bersama DAP sebenarnya hanya menumpang pengaruhnya sahaja, walaupun bercakap besar dan mendabik dada. Bahkan termasuklah presiden Umno kini yang dikatakan menjadi murid setia.

“Menangnya dengan undi DAP dan Umno tua, saluran satu yang sudah tersesat lebih 40 tahun, atau mabuk politik wang,” katanya di Facebook.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadi berkata, DAP ialah parti terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) bukanlah sebuah parti yang buta politik, ekonomi, masyarakat dan media.

“DAP mempunyai tujuan politik bagi perkauman Cina dengan usaha mendapat undi tambahan Melayu dan kaum lain.

Advertisement
“DAP tidak perlu bersuara kuat lagi, hanya sekali-sekala sudah cukup. Hal ini demikian kerana, mereka berjaya melantik jurubicara daripada kalangan Melayu yang lupa akan kemelayuannya dan lalai akan keislamannya,” dakwanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here