TAWAU: Masyarakat digesa agar tidak lagi sewenang-wenangnya mengklasifikasikan perbuatan buli di sekolah sebagai norma kanak- kanak membesar atau ‘isu budak-budak’.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan, Rina Jainal, berkata orang ramai tidak boleh meletakkan satu had sejauh mana buli tersebut memberi kesan kepada mangsa kerana tidak mustahil ia boleh menyebabkan kes berat berlaku.
Katanya, meskipun masalah buli di sekolah bukanlah isu asing, insiden di Melaka baru-baru ini perlu dilihat serius oleh semua pihak.
Advertisement





