Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak diketahui September
Published on: Tuesday, July 11, 2023
Published on: Tue, Jul 11, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak diketahui September
Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.
PUTRAJAYA: Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata perkara itu yang berdepan pandangan berbeza daripada dua mufti, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan bersidang tidak lama lagi.

Advertisement
“Bagi peringkat Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang bersidang esok turut membincangkan isu cukai tertunggak itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Zakat Korporat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi  berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati termasuk pengurusan cukai pendapatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.

Sebaliknya, surat rasmi akan dihantar kepada wakil sah atau pentadbir harta pusaka si mati bagi menuntut mereka melunaskan tunggakan cukai pendapatan yang hanya akan dihapus kira selepas suatu tempoh apabila semua prosedur berkenaan dilaksanakan.

Advertisement
Pada Mei lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan undang-undang menuntut wakil sah atau pentadbir harta pusaka pembayar cukai yang meninggal dunia,
Advertisement
membayar tunggakan cukai ditinggalkan si mati, mengundang pandangan berbeza mufti dalam konteks syarak.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpandangan harus dibayar tunggakan cukai itu sambil memetik hadis diriwayatkan Imam At-Tirmidzi yang menyebut ‘roh atau jiwa orang beriman itu tergantung dengan hutangnya sehinggalah dibayar atau dilunaskan’.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman pula berpandangan berdasarkan syariat Islam, pewaris harta pusaka pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia, tidak perlu membayar cukai tertunggak ditinggal si mati.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here