Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kakitangan kerajaan didakwa guna kedudukan dapatkan rasuah
Published on: Wednesday, July 12, 2023
Published on: Wed, Jul 12, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kakitangan kerajaan didakwa guna kedudukan dapatkan rasuah
Pertuduhan menyatakan dia telah mencadangkan syarikat saudaranya untuk mendapatkan tender membekalkan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 di Kuala Penyu.
Kota Kinabalu: Seorang kakitangan kerajaan berusia 52 tahun didakwa atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah.

Monica Gualin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Selasa.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Monica sebagai Penolong Pegawai Daerah, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan rasuah RM15,000 dan RM34,980 untuk saudaranya pada Mac 2020 di Kuala Penyu.

Pertuduhan menyatakan dia telah mencadangkan syarikat saudaranya untuk mendapatkan tender membekalkan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 di Kuala Penyu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Sept tahun ini untuk sebutan dan Monica dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 deposit RM5,000 beserta seorang penjamin rakyat tempatan. Peguam Norbert Chin mewakili Monica.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here