Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan bayar subsidi tambang pelajar Malaysia Timur: Loke
Published on: Thursday, July 13, 2023
Published on: Thu, Jul 13, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan bayar subsidi tambang pelajar Malaysia Timur: Loke
Loke berkata inisiatif yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Rabu itu bakal memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.
PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM300 untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan bermula 15 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.

Advertisement
“Bantuan subsidi tiket penerbangan tersebut hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal dan tempat pelajar sedang menuntut,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Loke berkata inisiatif yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Rabu itu bakal memanfaatkan lebih 56,000 pelajar universiti awam di seluruh negara membabitkan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada jumlah RM300 itu, baki baucar digital itu boleh digunakan bagi pembelian tiket seterusnya.

Loke berkata baucar tersebut hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly serta MYAirline dan tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober tahun ini.

Advertisement
“Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu, pelajar universiti awam perlu membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan kemudian.

Advertisement
“Sekiranya tidak layak, boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing atau membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here