Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perkasa pendidikan sains, teknologi di Sabah. KSTI, CSTM meterai MoU di China
Published on: Thursday, July 13, 2023
Published on: Thu, Jul 13, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Perkasa pendidikan sains, teknologi di Sabah. KSTI, CSTM meterai MoU di China
Ariffin (belakang, tengah) menyaksikan pemeteraian MoU itu.
GUANGXI: Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara Kementerian Teknologi, Sains dan Inovasi (KSTI) dan Muzium Sains dan Teknologi China (CSTM) dalam satu majlis di sini.(12 Julai)

KSTI diwakili Setiausaha Tetap, Datuk Zainuddin Aman manakala CSTM diwakili Setiausaha Eksekutif, Urusetia Persatuan Sains dan Teknologi China dan Kurator Muzeum Sains dan Teknologi China, Yin Hao.

Advertisement
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif, turut hadir menyaksikan acara bersejarah itu bagi memperkasakan lagi pendidikan sains dan teknologi di kalangan pelajar di Sabah.

Ariffin berkata, dalam pemeteraian MoU itu, pihak CSTM bersetuju menempatkan lebih 50 bahan pameran sains bergerak yang akan dilaksanakan di negeri selama tiga tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, lawatan pameran itu dijadualkan ditempatkan di enam tempat strategik yang telah dikenal pasti  iaitu Perpustakaan Negeri di Tanjung Aru, Beaufort, Tambunan, Ranau dan Kudat serta Pusat U-Science, Universiti Malaysia Sabah.

“Kementerian juga bercadang menambah beberapa lokasi yang sesuai bagi memberi peluang sama kepada pelajar di luar bandar mempelajari sains dan teknologi melalui aktiviti hands-on.

Advertisement
“Usaha ini juga salah satu inisiatif KSTI untuk memupuk minat anak Sabah terhadap ilmu sains dan teknologi,” katanya.

Advertisement
Hadir sama Naib Presiden Persatuan Sains dan Teknologi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Na Xiang dan Sanmugam Subramaniam dari Kedutaan Malaysia di Republik Rakyat China.

Terdahulu, Ariffin dan rombongan berkesempatan melawat Muzium Sains dan Teknologi Guangxi untuk melihat sendiri bahan-bahan pendidikan sains dan teknologi untuk pendidikan di China.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here