Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah tingkat kemahiran penduduk luar bandar
Published on: Saturday, July 15, 2023
Published on: Sat, Jul 15, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah tingkat kemahiran penduduk luar bandar
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah fokus untuk memperkasa pembangunan kemahiran dalam kalangan penduduk luar bandar, yang antara lain bagi melahirkan lebih ramai usahawan di negeri itu, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Tamparuli itu berkata usaha itu penting dalam usaha mengatasi isu kemiskinan luar bandar di Sabah.

Advertisement
Beliau berkata sehingga kini seramai 560 peserta telah menyertai pelbagai kursus kemahiran anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, sejak dilaksanakan tahun lepas.

“Program kursus kemahiran juga disediakan kepada masyarakat luar bandar, seperti kursus kemahiran jahitan, kraftangan, pemprosesan makanan, tenunan dastar dan pembuatan kerepek.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini selaras dengan misi kementerian untuk mensejahterakan masyarakat luar bandar, melalui usaha pembasmian kemiskinan dan melahirkan usahawan yang berjaya, serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, pendapatan diri dan keluarga,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan Sabah menerusi KPLB membina sebanyak lima Pusat Kemahiran Masyarakat sebagai pusat pembangunan dan latihan keusahawanan, selain lapan Pusat Keusahawanan Desa (PKD) dilengkapi dengan bengkel dan peralatan mesin.

Advertisement
“PKD ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan bimbingan KPLB meningkatkan pengeluaran produk dan mengembangkan perniagaan. Apa yang penting kita memberi fokus kepada usaha bagaimana untuk memastikan golongan ini dapat mengambil peranan dan peluang dalam bidang ekonomi,” katanya.

Jahid berkata program keusahawanan berasaskan pertanian seperti penanaman Sacha Inchi dan Pisang Saba, serta program penternakan burung walit secara bersasar turut dijalankan mengikut keperluan dan kesesuaian di setiap daerah terlibat.

Advertisement
Beliau berkata, program Satu Daerah Satu Produk turut dilaksanakan bertujuan meningkatkan ekonomi usahawan luar bandar yang dijalankan secara berkelompok atau premis sendiri.

“Program itu telah menggalakkan pengeluaran produk di setiap daerah masing-masing sebagai produk utama bagi sesebuah kampung atau daerah terlibat,” katanya.

Selain itu, Jahid berkata, inisiatif Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ), yang diperkenalkan oleh kerajaan Sabah pada 2006, juga masih diteruskan bagi menangani isu kemiskinan di kawasan yang mempunyai kadar kemiskinan tinggi.

“Program ini merupakan pendekatan pembasmian kemiskinan secara holistik meliputi penyediaan perumahan dan komponen ekonomi iaitu perusahaan perladangan dengan tanaman komoditi iaitu kelapa sawit dan getah,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here