Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Operasi tanpa lesen: Penjaga premis hiburan didenda RM4,000
Published on: Saturday, July 15, 2023
Published on: Sat, Jul 15, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Operasi tanpa lesen: Penjaga premis hiburan didenda RM4,000
Chan didakwa mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - gambar ilustrasi Freepik
Kota Kinabalu: Seorang penjaga premis hiburan didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat, kerana menjalankan operasi pusat hiburan tanpa lesen.

Chan Jie En, 22, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie yang dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis di tingkat lima bangunan T1, Bundusan Penampang pada 2.44 pagi 12 Mei tahun ini.

Advertisement
Menurut pihak pendakwaan, sepasukan polis menyerbu tempat itu dan mendapati muzik masih dimainkan dengan kuat dan premis itu didapati tidak mempunyai lesen.

Chan didakwa mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 53 tahun diperintah membayar denda RM1,000 atau penjara tiga bulan kerana bergaduh di tempat awam pada tahun lalu.

Ardi Hasbi mengaku melakukan pergaduhan dengan tiga lelaki lain dan seorang yang masih bebas pada 12.15 tengah hari 1 Dis 2022 di kilang Borneo Umi Takara, KKIP, Jalan Sepanggar.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 56 tahun didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana memiliki peralatan judi 4D, lima tahun lalu.

Advertisement
Justin Thien mengaku melakukan kesalahan itu pada 2.30 petang 3 Jan 2018 di sebuah kedai kopi di pekan Telipok.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here