Kota Kinabalu: Polis menghidupkan semula pondok polis mereka di Warisan Square di sini yang kini berfungsi sepanjang masa ketika pelancongan Sabah menyaksikan kebangkitan daripada pandemik.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata menjadikan ia sebagai ‘conferencing point’ adalah untuk meningkatkan kehadiran polis seterusnya menggalakkan persekitaran yang selamat.
“Tidak dinafikan Sabah khususnya Kota Kinabalu selamat, walaupun bandaraya ini biasanya sibuk pada waktu malam.
Advertisement





