Kota Kinabalu: Dua rumah teres dan beberapa kenderaan terbakar di Taman Nipoh di Kolombong, di sini, Ahad.
Tiada sesiapa yang cedera dalam kebakaran itu yang turut memusnahkan sebuah Dmax berusia lapan tahun dan sebuah lori satu tan.
Pemilik rumah, Tan, 76, berkata, dia sedang mandi apabila terdengar bunyi api dan menyedari rumahnya terbakar.
Berkain sarung, lelaki warga emas itu hanya sempat menyelamatkan dua telefon bimbitnya sebelum berlari keluar ke
tempat selamat.
Tan yang hanya bersarung melihat apa yang tinggal di rumahnya.
Anak lelakinya berusia 35 tahun dan cucu lelakinya berusia 16 tahun berada di dalam rumah bersamanya ketika kebakaran 4.35 petang itu bermula.
Difahamkan, mereka sekeluarga menetap di kawasan perumahan itu sejak 1986.
Unit di sebelah mereka adalah milik anak perempuannya yang menyewakannya kepada lima keluarga.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan Sembulan dikerahkan ke lokasi kejadian berikutan panggilan kecemasan jam 4.41 petang.