Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Nelayan hilang ditemui terapung mati di Tawau
Published on: Monday, July 17, 2023
Published on: Mon, Jul 17, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Nelayan hilang ditemui terapung mati di Tawau
Mayat disahkan nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Batu Payung pada Ahad. (Gambar APMM)
TAWAU: Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Batu 5 sekitar jam 3.19 petang pada Isnin, disahkan nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Batu Payung pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, Ops Carilamat diaktif  jam 5.15 petang pada Ahad selepas aduan diterima berhubung penemuan bot  tanpa jurumudi kira-kira 100 ela dari selatan pantai Batu Payung pada jam 3.35 petang.

Advertisement
Katanya, bot sepanjang tujuh meter tersebut dipercayai milik seorang nelayan dikenali sebagai Husin, 30-an, dari Kg Hidayat, Batu 4 yang didapati tidak pulang ke rumah pada tengah hari seperti kebiasaannya jika keluar ke laut pada awal pagi.

“Ketika bot ditemui, terdapat makanan dan telefon bimbit di dalamnya dipercayai milik mangsa yang disyaki terjatuh ke laut."
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here