Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Abd Karim Gullam dinobat Tokoh Penyair Kebangsaan
Published on: Tuesday, July 18, 2023
Published on: Tue, Jul 18, 2023
Text Size:
Text:
Abd Karim Gullam dinobat Tokoh Penyair Kebangsaan
JASNI (tengah) menyampaikan sijil penghargaan anugerah kepada Abd Karim, sambil disaksikan Siti Rahmah.
Kota Kinabalu: Abdul Karim Gullam, dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Penyair Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023 pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, penghargaan berkenaan disampaikan dalam satu majlis sederhana dan ringkas tetapi amat bermakna dalam mengangkat martabat penyair, terutama dalam kalangan ahli Bahasa yang banyak berkorban dalam membantu pembangunan Sastera Negeri Sabah.
Advertisement
“Saya ucapkan tahniah kepada Abd Karim atas anugerah yang diberikan kepada beliau. Walaupun nilai wang ringgit yang beliau terima tidak seberapa, tetapi beliau layak menerima anugerah ini berdasarkan sumbangan dan rekod beliau yang cemerlang dalam membantu mengimarahkan dunia kepenyairan terutama melalui sumbangan beliau dalam Bahasa dan Gapena,” kata Jasni ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Presiden Bahasa, Siti Rahmah G Ibrahim.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan dilaksanakan oleh Bahasa sebagai badan kerabat Gapena bagi kali yang kedua tahun ini. Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia berkata, Abd Karim telah menghasilkan dua buku kumpulan puisi iaitu “Rengek Pelangi” (2015) dan “Harga Sebuah Malam” (2022) serta buku kumpulan puisi esei yang berjudul “Mencari Rindu yang Hilang” (2022) dan sebuah buku kumpulan cerpen “Ibu dan Bunga Semarak Api” (2022)

Advertisement
“Walaupun beliau sebelumnya aktif dalam bidang teater dan pernah menerima anugerah Tokoh Pengarah teater terbaik dan pelakon terbaik negeri Sabah, bakatnya dalam bidang penulisan ini juga amat menyerlah dan membanggakan,” kata Jasni.

Menurut Jasni lagi, karya puisi Abd Karim juga dimuatkan dalam lebih 20 antologi puisi dalam dan luar negara, Malah karyanya juga tersiar dalam kuantiiti yang banyak dalam majalah Dewan Sastera iaitu sebuah majalah sastera yang berprestij di Malaysia dan menjadi salah satu syarat bagi penerima anugerah ini di peringkat negeri.

Advertisement
Dalam perkembangan berkaitan, Jasni juga menggesa penyair negeri ini agar terus menghasilkan karya berkualiti, sama ada mereka mendapat anugerah atau tidak. Ini kerana anugerah hanya bonus, tetapi apa yang penting penglibatan dalam sastera menjadi faktor penentu kepada kelangsungan khazanah  budaya warisan bangsa dan negara, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here