Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rasuah: Pesara didenda RM12,000
Published on: Tuesday, July 18, 2023
Published on: Tue, Jul 18, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Rasuah: Pesara didenda RM12,000
YEO (tengah) selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang pesara penjawat awam berusia 64 tahun didenda RM12,000 atau penjara lima bulan kerana menerima rasuah RM10,000 daripada seorang lelaki.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menjatuhkan hukuman itu kepada Yeo Bon Ching yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Advertisement
Yeo telah menerima wang itu daripada Muhammad Hasri Lim Abdullah pada 11.30 pagi 15 April 2019 di tempat letak kereta di Wisma Tun Fuad Stephen, di sini.

Pertuduhan menyatakan Yeo selaku Penolong Pegawai di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri menerima wang itu daripada Muhammad Hasri yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya di jabatan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yeo didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penjawat awam menerima apa-apa benda berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa pembicaraan atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.

Semasa rayuan, Yeo yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.

Advertisement
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here