Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Umno Sabah sambut baik peruntukan interim RM300 juta untuk Sabah, Sarawak
Published on: Thursday, July 20, 2023
Published on: Thu, Jul 20, 2023
Text Size:
Text:
Umno Sabah sambut baik peruntukan interim RM300 juta untuk Sabah, Sarawak
Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berharap sekiranya kerajaan negeri diberikan autonomi untuk menyelaraskan peruntukan itu, perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri atau jabatan dan agensi kerajaan yang diberikan kuasa ialah ia perlu menyelarasnya secara cekap, cepat dan tepat serta mengurangkan birokrasi yang boleh membantutkan usaha membangunkan Sabah.
Kota Kinabalu: Umno Sabah menyambut baik keputusan kerajaan pusat untuk meluluskan peruntukan interim di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebanyak RM300 juta yang akan disalurkan secepat mungkin kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata ini membuktikan kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki kesungguhan bagi memastikan rakyat khususnya di Sabah mendapat akses setara baik dari segi dana kerajaan mahu pun pertumbuhan infrastruktur serta ekonomi dan sosial di negeri ini.

Advertisement
“Peruntukan RM300juta ini merupakan langkah awal yang tepat dan dijangka dapat memberi implikasi positif kepada perkembangan ekonomi serta sosial masyarakat Sabah terutamanya untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan khususnya pembangunan insfrastruktur asas bekalan air bersih, elektrik, jalan raya yang agak kritikal selain pembangunan lain yang jauh ketinggalan berbanding di negeri-negeri lain,” katanya  ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof tentang keputusan kerajaan pusat untuk menyalurkan peruntukan interim RM300 juta kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 112 D Perlembagaan Persekutuan.

Bung ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Sabah Selasa lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Fadilah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata kerajaan sedang mencari keadah dan memuktamadkan formula bagi menentukan jumlah peruntukan yang perlu dibayar kepada Sabah dan Sarawak dalam tempoh setahun.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berharap sekiranya kerajaan negeri diberikan autonomi untuk menyelaraskan peruntukan itu, perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri atau jabatan dan agensi kerajaan yang diberikan kuasa ialah ia perlu menyelarasnya secara cekap, cepat dan tepat serta mengurangkan birokrasi yang boleh membantutkan usaha membangunkan Sabah.

Advertisement
Bung menambah walaupun peruntukan masih belum memadai untuk tujuan pembangunan berbanding keperluan serta faktor geografi Sabah yang luas, ia merupakan langkah permulaan yang positif untuk menyelesaikan isu-isu pembangunan yang kritikal dan perlu didahulukan.

Bung turut bersetuju cadangan autonomi kepada Sabah dan Sarawak berkaitan pentadbiran kesihatan dan pendidikan yang sebelum ini tidak selaras disebabkan Sabah juga mempunyai Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan.

Advertisement
“Penting ada kuasa autonomi bagi dua jabatan ini memandangkan selama ini apa-apa cadangan dan keputusan kita perlu merujuk kepada kerajaan pusat menyebabkan apa-apa tindakan untuk menyelasaikan isu berkaitan kesihatan dan pendidikan di Sabah mengambil masa yang panjang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan, berkata Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Sabah bersetuju untuk menghantar seramai 250 anggota delegasi Umno Sabah untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri di Semenanjung dengan memberi tumpuan kepada Selangor.

“Umno Sabah akan menghantar jentera untuk berkempen di mana setiap bahagian akan menghantar 10 orang dan akan menjaga 12 DUN di mana Umno/BN meletakkan calon setiap DUN akan dijaga oleh dua bahagian dari Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here