Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis rampas lebih 1kg syabu di Tawau
Published on: Friday, July 21, 2023
Published on: Fri, Jul 21, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis rampas lebih 1kg syabu di Tawau
Jasmin (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas itu.
TAWAU: Polis merampas sejumlah 1,058.87 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM65,000 dalam dua tangkapan berasingan dalam tempoh tiga jam minggu lepas yang turut menyaksikan empat suspek pengedar dadah, termasuk seorang wanita, ditahan.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, rampasan pertama membabitkan 50.24 gram syabu bernilai RM5,000 daripada seorang suspek warga tempatan, 21, yang ditahan di sebuah kawasan perumahan di bandar ini.

Advertisement
Menurutnya, suspek ditangkap jam 12.30 tengah hari pada 6 Julai lalu selepas berlaku pergelutan ketika polis cuba menahannya kerana berkelakuan mencurigakan.

Rampasan kedua melibatkan sejumlah 1008.63 gram syabu bernilai RM60, 000 daripada tiga suspek berusia di antara 31 hingga 43 tahun, termasuk seorang wanita di sebuah lorong di kawasan bandar Tawau pada jam 3.30 petang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kesemua suspek ditahan kerana berkelakuan mencurigakan dan polis merampas sebuah beg plastik yang dipegang salah seorang suspek… Beg plastik itu mengandungi satu bungkusan teh Cina ‘Guanyinwang’ yang di dalamnya terdapat syabu,” katanya.

Jasmin berkata, sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan mata wang asing bernilai RM2,406 turut dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 25 (1) Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 kerana dipercayai digunakan bagai tujuan pengedaran dadah.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua kes tersebut tidak berkaitan dan kesemua suspek juga tiada pertalian keluarga serta didapati negatif penyalahgunaan dadah, kecuali suspek dalam kes tangkapan pertama yang positif Methamphetamine dan Amphetamine.

“Usaha mengesan saki-baki rangkaian pengedaran dadah ini juga sedang giat dijalankan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, kesemua suspek yang tiada rekod jenayah lampau, ditahan reman 14 hari dan tempoh tahanan reman akan berakhir hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here