Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis selesai kes bunuh di Tawau dalam tempoh 24 jam
Published on: Friday, July 21, 2023
Published on: Fri, Jul 21, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis selesai kes bunuh di Tawau dalam tempoh 24 jam
Polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat itu.
TAWAU: Kes pembunuhan seorang buruh ladang di Merotai yang ditemukan dengan empat kesan tikaman pada jam 11 pagi Rabu lalu, selesai dalam tempoh 24 jam dengan penahanan empat suspek di sekitar bandar dis ini, sekitar jam 12.30 tengah malam.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tiga suspek bagaimanapun sudah dibebaskan, manakala suspek utama, seorang lelaki berumur 53 tahun, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Advertisement
Menurutnya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.27 tengah hari daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang mempunyai kesan tikaman.
Advertisement
 

“Mangsa berusia 33 tahun itu adalah buruh warga asing yang bekerja di sebuah ladang di Merotai dan terdapat tiga kesan tikaman di badan dan satu lagi di kepala, dipercayai akibat kesan senjata tajam,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Susulan penemuan mayat itu, katanya, polis menahan tiga lelaki warga asing dan seorang wanita warga tempatan untuk membantu siasatan, namun, tiga daripada mereka sudah dibebaskan, manakala, seorang lelaki yang merupakan suspek utama kini dalam tahanan reman.

Menurut Jasmin, sebuah motosikal dipercayai milik mangsa dan senjata tajam jenis tombak disyaki digunakan dalam kes tersebut, turut dirampas.

Advertisement
“Polis masih menyiasat motif kejadian, namun, kami percaya kes ini telah dapat diselesaikan dengan tertangkapnya suspek,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Khamis.

Jasmin menambah, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak mengenali satu sama lain kerana suspek bukan pekerja di ladang itu.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here