SANDAKAN: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam membantu peneroka di seluruh negeri ini.
Pengerusi LKTNS, Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin, berkata ini termasuk meningkatkan agihan dividen kepada peneroka.
“Kita juga sentiasa melaksanakan aktiviti ekonomi tambahan (AET) bagi menambah pendapatan mereka seperti bidang ternakan dan tanaman selain sawit,” katanya.
“Harga pasaran sawit juga berdasarkan harga dunia dan ini juga menjadi cabaran tetapi usaha membantu peneroka akan kita teruskan dari masa ke masa,” jelasnya.
Advertisement





