Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SMK Timbua laksana Pintod 3.90
Published on: Friday, July 21, 2023
Published on: Fri, Jul 21, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
SMK Timbua laksana Pintod 3.90
Jonathan (kanan) ketika melancarkan program itu.
RANAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Timbua, Ranau (Semetra), melakar sejarah tersendiri dengan kejayaan melaksanakan program kecemerlangan Pintod 3.90 (Potensi, Inisiatif, Naturaliti, Sasaran, Peluang, Tekad) di sini Selasa lepas.

Pengetua, Markus Shafe, berkata program yang turut diadakan sempena majlis Anugerah Kecemerlangan peringkat sekolah itu dilancarkan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Advertisement
Katanya, Majlis Kecemerlangan Pintod Semetra 2023 merupakan gabungan tiga program sekolah yang dijalankan serentak iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan 2022, Majlis Kesyukuran SPM 2022 dan Doa Hajat SPM 2023.

“Pelancaran Pintod bertujuan untuk memberi ganjaran kepada semua pencapaian sepanjang tahun dengan harapan gabungan ketiga-tiga program tersebut memberi impak dan manfaat kepada semua pelajar sekolah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semetra dengan moto ‘Berani Ubah Persepsi’ akan terus berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah Diri,” katanya.

Sempena majlis itu, seramai 12 pelajar menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2022 dan lima penerima Anugerah Pintod 3.90, diikuti penerima Anugerah Tokoh Kurikulum dan Anugerah Tokoh Kokurikulum 2022.

Advertisement
Kategori lain termasuk Anugerah Tokoh Watak 2022, Anugerah Ikon Pintod (Pelajar) 2022, Anugerah Tokoh Ibu 2022 dan Anugerah Pintod (Guru) 2022.

Jonathan memuji pentadbiran dan kepimpinan warga pendidik sekolah yang mengemudi pelajar dan guru SMK Timbua mencapai kejayaan demi kejayaan sekaligus menjadikan sekolah itu sekolah terbaik daerah Ranau.

Advertisement
Kejayaan SMK Timbua meningkatkan prestasi pelajar dalam semua aspek khususnya dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum, katanya, adalah bukti komitmen dan kesungguhan guru-guru berusaha mengutamakan kepentingan pelajar berbanding kepentingan peribadi.

Menurutnya, usaha mencapai kejayaan itu juga hasil sokongan dan dorongan ibu bapa yang memberi kerjasama erat kepada semua guru di sekolah itu.

“Kerjasama antara guru dan ibu bapa amat penting untuk membantu anak-anak mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka terutama pada zaman ini di mana daya saing semakin tinggi,” katanya.

Jonathan turut mengingatkan ibu bapa supaya menghapuskan sikap menyerahkan tugas mendidik anak-anak hanya kepada guru, sebaliknya perlu bekerjasama untuk memastikan anak-anak cemerlang demi masa depan mereka.

“Kepada semua pelajar, bijaklah dalam menetapkan sasaran dan cita-cita. Perkara ini mesti dilakukan bermula dari awal persekolahan supaya jelas apa yang akan diceburi apabila tamat persekolahan atau universiti nanti.

“Tegaskan sama ada anda ingin menjadi doktor, guru, jurutera, peguam, arkitek, juruterbang atau petani, penternak dan nelayan yang berjaya. Anda boleh menjadi apa sahaja yang anda mahukan jika anda yakin,” katanya.

Hadir sama, Pengetua, Marcus Shapi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, PPD Sektor Pembelajaran Ranau, Vincent Sabin, Setiausaha Politik kepada Timbalan Menteri Besar, Yubidi Gompoyo, guru-guru, ibu bapa dan pelajar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here