Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Edar kanabis: Lelaki diperintah bela diri
Published on: Friday, July 21, 2023
Published on: Fri, Jul 21, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Edar kanabis: Lelaki diperintah bela diri
Loh dituduh mengedar 259.4gm kanabis jam 6.30 petang pada 29 Sept, 2020 di Lorong Bundusan Centre 2-2, Penampang.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang bekerja sendiri, yang didakwa atas dua pertuduhan mengedar kanabis, diarah membela diri terhadap pertuduhan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelati Parnell membuat perintah itu ke atas Leslie Loh Teck Cheon, 31.

Advertisement
Amelati memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Loh dan memerintahkannya untuk membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah menetapkan 14 – 15 Sept untuk pembelaan Loh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Loh dituduh mengedar 259.4gm kanabis jam 6.30 petang pada 29 Sept, 2020 di Lorong Bundusan Centre 2-2, Penampang.

Bagi pertuduhan kedua, Loh didakwa mengedar 515gm kanabis jam 7 malam pada 29 Sept 2020 di Kaya Ria Enterprise, di Pusat Komersial Bundusan, Penampang.

Advertisement
Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 kali sebatan rotan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memanggil enam saksi di peringkat pendakwaan yang bermula pada 23 Nov 2022 sebelum menutup kesnya pada 17 Feb tahun ini.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli melakukan pendakwaan manakala Loh diwakili peguam Luke Ressa Balang.

Sementara menunggu tarikh perbicaraan, Loh diperintah direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Dalam kes berasingan, seorang kontraktor yang secara tipu memasukkan RM14,060 ke dalam akaun banknya tahun lepas, didenda sejumlah RM400 oleh Mahkamah Majistret.

Charles Brayner, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas empat pertuduhan memiliki wang kepunyaan Micellinus Manuil dalam akaun Bank CIMBnya, di mana dia gagal memberikan penjelasan memuaskan tentang cara dia memperolehnya pada 22 Sept 2022.

Kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Charles mengaku mempunyai transaksi RM300 pada jam 10.21 pagi, RM3,880 jam 12.29 tengah hari, RM3,880 jam 2.50 petang, dan RM6,000 jam 6.15 petang dalam akaun banknya.

4,500 pada 15 April, RM9,000 pada 20 Mei, RM9,000 pada 20 Mei, RM13,500 pada 19 April, RM15,750 pada 14 April, RM27,000 pada 14 April, RM4,500 pada 15 April, RM35,100 pada 22-26 April dan RM10,377 pada 5 Julai dalam akaun banknya.

Stephanie memerintahkan Charles membayar denda RM100 atau penjara seminggu bagi setiap pertuduhan.

Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here