Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ibu 4 anak terlepas hukuman gantung edar dadah
Published on: Friday, July 21, 2023
Published on: Fri, Jul 21, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ibu 4 anak terlepas hukuman gantung edar dadah
Tertuduh R Devaki, 34, terselamat dari hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di Seremban melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar kanabis seberat 237.86 gram dua tahun lepas. (Gambar Bernama)
SEREMBAN: Seorang suri rumah yang terpaksa melahir dan membesarkan anaknya sehingga berusia 17 bulan di penjara, terselamat dari hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar kanabis seberat 237.86 gram, dua tahun lepas.

Hakim Rohani Ismail membuat keputusan itu, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh R Devaki, 34, yang hamil lima bulan ketika ditahan pada 4 Ogos 2021, di akhir kes pendakwaan.

Advertisement
Dalam penghakimannya, Rohani berkata hasil penilaian daripada semua keterangan mendapati, pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui.

“Setelah mendengar penerangan daripada saksi dan pendakwaan serta selepas menimbangkan hujahan dikemukakan oleh kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan pendakwaan gagal membuktikan satu prima facie ke atas tertuduh, oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rohani turut menasihatkan Devaki yang juga ibu kepada empat anak itu, supaya menjaga diri dan berhati-hati ketika berkawan.

Mengikut pertuduhan, Devaki didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 237.86 gram di sebuah rumah di Bandar Dataran Segar, Port Dickson pada 7.30 malam, 4 Ogos 2021.

Advertisement
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(а) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Seramai lapan saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 17 April lepas.

Advertisement
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Maleeha Syed Hussin, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Wan Emyra Ismail.

Haresh ketika ditemui pemberita memaklumkan, tertuduh melahirkan seorang anak lelaki ketika berada di Penjara Sungai Udang, Melaka dan membesarkannya di situ sehingga berusia setahun tujuh bulan.

Sementara itu, Devaki melahirkan rasa kesyukuran kerana dibebaskan daripada tuduhan tersebut, selain akan menjadikan perkara itu sebagai iktibar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here