Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penulis digesa terjemah revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya
Published on: Saturday, July 22, 2023
Published on: Sat, Jul 22, 2023
Text Size:
Text:
Penulis digesa terjemah revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya
Menurut Jasni, penulis perlu menterjemahkan gagasan Sabah Maju Jaya ini melalui penghasilan karya bermutu yang mengangkat tema dan persoalan yang berkaitan, manakala badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam bidang penulisan pula fokus kepada penganjuran konvensyen, seminar dan kolokium yang turut memberi tumpuan kepada gagasan lebih besar daripada agenda Malaysia Madani ini.
Kota Kinabalu: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa), Datuk Jasni Matlani, menggesa penulis Sabah agar menterjemah revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya yang digagaskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai agenda penting dalam usaha menghasilkan karya bermutu, dan pada waktu yang sama memberikan kesedaran kepada majoriti rakyat.

Katanya, gagasan dan revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya itu amat signifikan, bukan sahaja sebagai teras kepada dasar pembangunan fizikal negeri ini, tetapi juga sebagai roh pembangunan sebenar dan penyatuan masyarakat pelbagai etnik Sabah.

Advertisement
“Satu konvensyen revolusi pemikiran Sabah Maju Jaya sewajarnya diadakan dalam tempoh terdekat, bagi tujuan melestari dan memberikan gambaran yang jelas tentang gagasan penting ini. Seterusnya memberikan pelbagai maklumat yang baik kepada semua pihak tentang betapa pentingnya tumpuan diberikan ke arah menjayakan Sabah, dan mengurangkan bermain politik kerana Sabah secara realiti masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain di Malaysia,” kata Jasni.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here