Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pengetua Pusat Tingkatan Enam diberi autonomi ambil pelajar
Published on: Sunday, July 23, 2023
Published on: Sun, Jul 23, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengetua Pusat Tingkatan Enam diberi autonomi ambil pelajar
Gambar sekadar ilustrasi.
KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam untuk menjalankan proses pengambilan pelajar, berkuat kuasa serta- merta.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata langkah tersebut membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi, yang memerlukan peluang menyambung pengajian tanpa perlu menunggu tawaran daripada KPM seperti tahun sebelumnya.

Advertisement
"Pengetua sudah boleh ambil anak-anak murid untuk masuk Tingkatan Enam dengan kuasa yang ada. Sebelum ini tawaran adalah daripada KPM.

"Pengetua boleh cari siapa (pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) yang tidak ada tempat, peluang dan ruang boleh sambung tanpa tunggu tawaran KPM," katanya selepas merasmikan Himpunan Pewaris Generasi MADANI di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini, hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada majlis itu Fadhlina turut menyampaikan sumbangan  komputer riba tajaan Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd kepada lapan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022.          

Selain itu Fadhlina berkata pemberian autonomi itu juga memberi jaminan akses yang lebih luas bagi pelajar daripada golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam.

Advertisement
Menurut beliau sebahagian besar pelajar STPM adalah terdiri daripada golongan B40 yang memerlukan lebih perhatian dan inisiatif daripada kerajaan.

Sementara itu mengenai penjenamaan semula dan menaik taraf Tingkatan Enam ke Kolej Universiti, beliau berkata ia memerlukan sedikit masa untuk dilihat secara keseluruhan dan diselesaikan.

Advertisement
Sebelum ini, KPM dilaporkan membuat penjenamaan semula bagi beberapa aspek dalam sistem pendidikan Tingkatan Enam termasuk Kolej Tingkatan Enam dikenali sebagai Kolej Pra-Universiti manakala jawatan pengetua ditukar kepada pengarah.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here