Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mayat nelayan ditemukan dalam perut buaya
Published on: Sunday, July 23, 2023
Published on: Sun, Jul 23, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mayat nelayan ditemukan dalam perut buaya
Gambar sekadar ilustrasi. - Bernama
TAWAU: Pencarian seorang nelayan warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita di sini pada Rabu lepas, berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu di dalam perut seekor buaya hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata operasi mencari mangsa, Addi Bangsa, 60, dilakukan bersama Jabatan Hidupan Liar.

Advertisement
"Pada hari keempat operasi, Pasukan Perhilitan menjumpai seekor buaya yang dipercayai membaham mangsa dan bertindak menembak haiwan itu seterusnya membelah perutnya lalu mendapati benar terdapat mangsa di dalam perut haiwan itu.

"Pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau Primus Lambut ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan buaya jantan dianggar seberat 800 kilogram serta berukuran 4.26 meter panjang itu ditembak awal pagi tadi di kawasan laut, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

"Kami telah menerima maklumat daripada pihak bomba pada hari kedua operasi dan mengarahkan anggota supaya membantu operasi pencarian,” katanya.

Advertisement
Sebelum ini dilaporkan kehilangan nelayan itu disedari ahli keluarganya kira-kira 4 pagi, Rabu lepas.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here