Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Salahuddin Ayub meninggal dunia
Published on: Sunday, July 23, 2023
Published on: Sun, Jul 23, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Salahuddin Ayub meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 9.23 malam ini pada usia 61 tahun. 

Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya, Fatiha Salahuddin menerusi kenyataan di laman Facebook.

Advertisement
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya. 

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin iaitu Syakirin Husnal dalam kenyataan berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai dan pihak Pejabat Menteri akan memberikan maklumat lanjut mengenai proses pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, beliau berkata keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan kepada Salahuddin selama ini.

Advertisement
“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah,” katanya. 

Semalam, Syakirin memaklumkan bahawa Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here