Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SPRM nafi ‘Datuk Justin’ tak pernah terima notis hadir bantu siasatan
Published on: Monday, July 24, 2023
Published on: Mon, Jul 24, 2023
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
SPRM nafi ‘Datuk Justin’ tak pernah terima notis hadir bantu siasatan
SPRM mengesan seorang lelaki dikenali Justin Lim Hwa Tat untuk membantu siasatan.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang mendakwa tidak pernah menerima notis untuk hadir membantu siasatan.

SPRM berkata pihaknya itu telah berusaha mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd Justin Lim Hwa Tat termasuk ke dua kediamannya di Kuala Lumpur 26 Jun lalu untuk menyerahkan notis berkenaan namun didapati salah sebuah premis tersebut telah dijual manakala satu lagi tidak dihuni.

Advertisement
“Pada tarikh sama, SPRM juga telah pergi ke pejabatnya di Kuala Lumpur dan Johor namun Justin tiada di lokasi tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen, didapati Justin telah meninggalkan negara ini pada Februari lalu dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan media pada 12 Julai 2023 yang lengkap dengan nombor telefon serta emel pegawai penyiasat bagi mengesan Justin dan kenyataan itu merupakan notis yang rasmi dan sah,” katanya.

SPRM juga bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang daripada Justin dalam hal itu, namun menegaskan ketua pegawai eksekutif Sersol Bhd itu perlu terlebih dahulu tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini berkaitan siasatan kes berkenaan.

Advertisement
Semalam, Justin yang sedang dikesan SPRM mendakwa dirinya tidak pernah menerima notis untuknya hadir membantu siasatan.

Justin berkata masih belum menerima notis daripada SPRM yang memerlukannya hadir untuk direkod keterangan mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009.

Advertisement
Malah, beliau mendakwa, tiada percubaan oleh SPRM untuk memberikan notis yang dinyatakan itu di tempat kerja atau kediamannya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here