Tuaran: Tiga penghuni cedera selepas terjun menyelamatkan diri dari tingkat dua rumah didiami mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Sangkir, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian dilaporkan kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 46 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia 14 dan enam tahun dilaporkan cedera ringan, menurut pihak bomba.
Mereka diberi rawatan awal oleh pasukan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.