Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
RM19.4 juta naik taraf lapangan terbang: RM8.4 juta untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan RM11 juta bagi Lapangan Terbang Tawau
Published on: Wednesday, July 26, 2023
Published on: Wed, Jul 26, 2023
Text Size:
Text:
RM19.4 juta naik taraf lapangan terbang: RM8.4 juta untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan RM11 juta bagi Lapangan Terbang Tawau
LIEW (ketiga dari kiri) menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada Kamaruzzaman. Turut kelihatan, dari kiri: Mohd Sabri, Mary, Sunif dan Hassim.
Kota Kinabalu: Berita baik untuk warga Kota Kinabalu dan Tawau!  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Christina Liew telah dimaklumkan oleh pengurusan Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) bahawa MASB memperuntukkan sejumlah RM8.4 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Delegasi empat anggota MASB diketuai Pengurus Besar Kanan Kamaruzzaman Razali mengadakan kunjungan hormat terhadap Liew di pejabatnya, Selasa, untuk memberi taklimat mengenai Pelan Pengoptimuman KKIA.

Advertisement
Beliau berkata daripada jumlah itu, RM1.4 juta akan dibelanjakan untuk menambah baik tandas awam di lapangan terbang tersebut, manakala selebihnya akan digunakan untuk projek naik taraf lain. 

Ini termasuk penurapan semula landasan dan menaik taraf lot komersial serta sistem siar raya (PA).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, Liew berkata, MASB memperuntukkan sejumlah RM11 juta untuk pelan pengoptimuman Lapangan Terbang Tawau.

Menurutnya, pelan itu melibatkan penyediaan tandas tambahan, menaik taraf kawasan daftar masuk dengan pengasingan sewajarnya antara segmen antarabangsa dan domestik, membesarkan ruang rehat pelepasan, menambah lebih banyak lot kedai dan menutup kawasan terbuka untuk pemasangan unit pendingin hawa.

Advertisement
“Saya sangat gembira mendengar berita baik ini daripada Malaysia Airports.

Pelan pengoptimuman ini paling tepat pada masanya, memandangkan peningkatan berterusan pelancong ke Sabah selepas kita membuka semula sempadan antarabangsa kita. Pelan untuk KKIA dan Lapangan Terbang Tawau ini adalah untuk kemudahan pelancong.

Advertisement
“Kerja dijangka bermula tahun ini tetapi pelaksanaannya mengambil masa. Sebagai contoh, membina lebih banyak tandas mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk disiapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Memberi taklimat kepada Menteri mengenai Pelan Pengoptimuman KKIA, Kamaruzzaman berkata KKIA adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia dari segi pengendalian penumpang.

“Ia direka untuk kapasiti sembilan juta penumpang setahun (mppa). Sehingga Jun tahun ini (year-to-date (YTD)), lapangan terbang itu telah mengendalikan 3,299,076 penumpang dengan 28,642 pergerakan pesawat,” katanya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Mary Malangking, Pengurus Kanan Mohd Sabri Abd Aziz (Kejuruteraan, Ibu Pejabat MASB, KL), Pengurus Kanan Hj Sunif Naiman (Operasi, Ibu Pejabat MASB, KL) dan Pengurus Operasi KKIA Hassim Duman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here