PUTRAJAYA: Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) yang berlangsung selama tiga hari di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu berjaya mencatatkan jualan dan prospek perniagaan sejumlah RM48,370,833.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu RM46.9 juta adalah prospek perniagaan melalui 44 sesi padanan perniagaan.
“Manakala jualan koperasi atau usahawan yang menyertai pameran sepanjang tiga hari HKN berjumlah RM1,215,090.00, Jualan Madani sebanyak RM154,284.00 dan jualan food truck berjumlah RM101,459.00. Keseluruhan jumlah jualan tunai RM1,470,832.
“Dari segi kehadiran pengunjung pula, seramai 10,069 orang mengunjungi sambutan itu selama tiga hari iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.